Sejarah Kota Syria
Umat
Islam di Syria, sebuah negara yang diperintah oleh Parti Baath yang merupakan
nasionalis Arab sejak tahun 1963, telah mengalami penderitaan dan penindasan
sejak tahun 1920-an lagi.
Syria
ditakluk ketika zaman Khalifah Umar, dan kemudian diperintah oleh Umaiyyah,
Abbassiyah, Seljuk dan Ayyub. Tanah Syria menjadi sebahagian daripada wilayah
Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517, dan mereka hidup dalam keadaan aman damai
sehingga penggal pertama abad ke-19. Pada tahun 1831, Syria jatuh ke tangan
Muhammad Ali Pasha, yang menjadi penentang kerajaan Turki Uthmaniyyah dan
kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri. Syria kemudian berada di bawah
kekuasaan Turki Uthmaniyyah semula sehinggalah ia dijajah Perancis pada tahun
1920. Penaklukan oleh Perancis telah menjadi detik permulaan kekacauan dan
kezaliman ke atas rakyat Syria. Perancis telah merobek Syria dari Lubnan, yang
mana Lubnan pada zaman dahulu adalah sebahagian dari Syria, kemudian ia telah
dipisahkan daripadanya.
Polisi
penindasan selama 26 tahun yang berakhir dengan kemerdekaan pada tahun 1946
adalah serupa dengan apa yang dikenakan oleh Perancis ke atas Algeria,
Tunisia, dan banyak lagi negara-negara Islam yang lain. Rakyat Syria telah
memulakan kempen menentang selepas penaklukan Perancis. Perancis dengan
kejamnya telah membunuh puluhan ribu rakyat dan mengebom banyak bandar-bandar
besar. Kebangkitan yang berlaku telah dihapuskan dengan kejam, namun Perancis
menyedari bahawa hari-hari mereka berada di Syria sedang dihitung.
Perancis
terpaksa berundur dari Syria selepas Perang Dunia II, dan ia akhirnya menerima
kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Namun demikian, mereka meninggalkan Syria
dalam keadaan yang tidak stabil dan sering terdedah kepada konflik. Mandat
Perancis yang dikenakan ke atas Syria selepas Perang Dunia I telah memberikan
lebih manfaat kepada puak Syiah berbanding kumpulan-kumpulan lain (Puak Syiah
percaya kepada kesucian Saidina Ali r.a. Ia hampir mirip kepada pendewaan yang
dilakukan oleh orang-orang Kristian ke atas Nabi Isa a.s.). Pentadbiran
Perancis telah meletakkan minoriti Syiah dalam jawatan-jawatan penting
kerajaan, lalu menimbulkan rasa tidak senang kepada umat Islam dari kalangan
ahli sunnah wal jama'ah. Ini seterusnya membenihkan bibit-bibit permusuhan di
antara dua golongan tersebut. Ramai pakar di Timur Tengah berpendapat bahawa
puak Syiah berjaya mencapai kedudukan politik dan militari yang tinggi semenjak
deklarasi kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Berikutan dengan kemerdekaan
tersebut, perkara penting yang berlaku ialah puak Syiah berjaya mengambil alih
pemerintahan negara dengan meminggirkan kedudukan golongan ahli sunnah wal
jama'ah yang telah lama menerajui perkembangan politik dan ekonomi tanah air.
Selepas
kemerdekaan, Syria menjadi sebuah negara yang sering berlaku rampasan kuasa.
Mereka bermula pada tahun 1949 dan terus melakukannya sehingga tahun 1970 yang
pada waktu itu dipimpin oleh diktator Hafez Al-Assad. Rejimnya telah menamatkan
rampasan kuasa tetapi telah mewujudkan sebuah sistem pemerintahan yang bersifat
menekan. Kerajaan Baath telah menambah lagi kesusahan kepada umat Islam Syria.
Negara itu telah jatuh ke tangan puak minoriti Syiah, yang hanya terdiri
daripada 11 peratus sahaja dari keseluruhan populasi. Kesemua ras-ras yang lain
telah kehilangan pengaruh. Dalam masa yang singkat sahaja, rejim Assad, yang
menggelarkan diri mereka sebagai "Demokrasi Rakyat Sosialis," telah
mengenakan pemerintahan yang zalim di negara itu. Kesemua parti politik telah
ditutup, dan sokongan terhadap pandangan parti politik lain selain dari
ideologi sosialis yang disokong oleh Parti Baath diharamkan. Kesemua pergerakan
Islam dihalang. Para pemimpin gerakan-gerakan tersebut telah ditangkap dan
didera dengan kejam sehingga mati. Pertubuhan hak-hak asasi manusia antarabangsa
telah melaporkan bagaimana umat Islam Syria dikenakan penindasan yang sangat
teruk dan telah menderita sepanjang era Assad, dan bagaimana wanita Islam
diperkosa dan penderaan yang tersangat zalim telah dikenakan ke atas lelaki.
Ibu Negara nya adalah:
Damsyik
(bahasa Arab: دمشق Dimashq) ialah ibu kota Syria dan mrupakan antara kota
tertua di dunia. Damsyik terletak pada ketinggian 680 m, ±80 km dari Laut
Tengah.
0 comment[s] | back to top |
-