S Y R I A B U M I I N D A H


ENTRY ABOUT LINKS NEWER OLDER +FOLLOW
-

Peta Tanah Syria

Tempat menarik.. :D

a) KOTA DAMSYIK

Hari ini Damsyik dikatakan sebagai muzium hidup yang memaparkan sejarah kehidupan manusia sejak ribuan tahun lamanya. Antara tempat-tempat menarik untuk dilawati di sini ialah Masjid Umawi, Istana Azem,Kubu Damascus, makam Salehuddin al-Ayubi, dan Al Takieh Al Suleimaniyeh.

  Di sini kita boleh membeli belah di sebuah bazaar terbesar di dunia Arab yang dikenali dengan Souq Al-Hamidi. Di bawah bazar berbumbung yang dibina dalam zaman kerajaan Uthmaniyah ini, kita boleh membeli pakaian, barang hiasan rumah, barangan kristal, tembaga, perak, kulit, dan bermacam-macam lagi. Semuanya dengan harga yang amat murah.

b)Aleppo

   Aleppo merupakan bandar kedua terbesar di Syria dan merupakan antara bandar yang tertua di dunia. Di sini kita boleh menjelajah bazaar tertutup sepanjang 10 km, dan melawat Aleppo Citadel yang terkenal itu. Aleppo Citadel merupakan benteng pertahanan paling tua dan paling besar yang masih wujud hingga hari ini. Benteng ini menjadi kubu pertahanan penting bagi tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salehuddin al-Ayubi semasa berlakunya Perang Salib.

c)Qala’ah Mudiq dan Apamea

   Qala’ah Mudiq merupakan sebuah kota lama yang kini dijadikan kawasan penempatan oleh penduduk di kawasan tersebut. Jika kita ke kawasan ini, kita pasti dapat menyaksikan sebuah kota lama yang kukuh melingkungi sebuah perkampungan. Sungguh unik. Untuk pengetahuan semua, kota ini sudah dijadikan kawasan perkampungan sejak ia mula dibina beribu-ribu tahun dahulu sehinggalah ke hari ini.

   Kawasan penempatan di dalam kota ini agak unik. Ia merupakan bilik-bilik yang diubah suai untuk dijadikan kediaman.

d)Apamea

   Apamea pula ialah sebuah kawasan tinggalan kerajaan Rum yang amat terkenal di negara Syria terletak di dalam perkampungan Qala'ah Mudiq. Apamea dibina pada kurun ke-3 SM. Parsi telah menyerang kota ini dan membakarnya pada tahun 573 masihi. Tentera salib pula menguasai tempat ini pada tahun 1106 tetapi diambil alih oleh kerajaan Islam pada tahun 1149.

e)Tell Hariri

   Kota Tell Hariri terletak tidak jauh dari sempadan Iraq. Tell Hariri amat penting kerana ia dikenalpasti sebagai tempat awal penempatan manusia di Syria. Tell Hariri dikenalpasti sudah wujud sejak 2900 sebelum masihi. Kesan awal binaan yang ditemui berusia 2700 iaitu kuil Ishtar dan Nini-Zaza.

   Ada banyak kesan tinggalan sejarah yang merupakan tapak arkeologi dapat kita saksikan di Tell Hariri. Antara yang masih boleh dilihat ialah Istana Zimmi-Lim (di bawah kekuasaan Babylon), Istana Shakkanakku, Kuil Lions, Kuil Shamash dan Kuil Ishtar.

f)Qala’ah Al-Hison

   Kota Qala’ah Al-Hison merupakan sebuah kota hebat yang pernah dijadikan kubu kuat tentera salib yang kemudiannya ditawan oleh panglima Islam Nuruddin. Kota ini dikenali juga dengan nama Krak Des Chevaliers.

   Di pintu masuk utama, kita akan melihat dindingnya dipenuhi dengan ukiran kalimah Arab yang tertulis padanya nama-nama pemerintah dan ayat-ayat suci al-Quran. Ketika Perang Salib, kota ini menjadi kebanggaan tentera salib. Namun akhirnya kota ini jatuh ke tangan Islam pada tahun 1163 apabila Nuruddin yang menjadi Sultan Halab ketika itu telah berjaya mengambil alih kota ini dari tangan tentera salib.

g)Homs

   Kita juga boleh melawat bandar Homs yang merupakan bandar ke tiga terbesar di utara Syria. Di sini terletak masjid Khalid Al-Walid dan di dalamnya terdapat makam beliau.


   Di bandar ini kita dapat melihat dan mendengar bunyi pusingan kincir air yang berusia ribuan tahun yang membekalkan sumber air bagi aktiviti pertanian. Sememangnya Syria merupakan bumi yang subur sejak dahulu lagi. Di sini terdapat pelbagai jenis tumbuhan misalnya pokok zaitun, tin, anggur, epal dan bermacam-macam lagi.


0 comment[s] | back to top